Tuesday, April 15, 2008

EXAMO ( PROF. DR. AZIZAN HJ. ISMAIL )

EXAMO CKM 500

Examo CKM-500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegran otak dan membantu meningkatkan daya ingatan. ia merawat masalah saraf dan mental seperti takut,cemas,runsing dan memberikan keyakinan serta membangkitkan semangat.

Bagi pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti, produk ciptaan Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail adalah amar baik dan mampu membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik. Bagi mereka yang telah meningkat dewasa, examo adalah baik untuk menguatkan ingatan dan menghapuskan sikap terlupa.

Examo-CKM 500 boleh didapati dalam bentuk ekonopek ( EXAMO CKM-500 dan EXAMO-CKM500 PLUS terkandung dalam satu kotak ). Harga bagi 1 set ekonopek adalah RM 80.00 dan penghantaran adalah percuma bagi Semenanjung Malaysia.

Mereka yang berminat untuk membeli boleh menghubungi saya di talian 012-2974 877 ( KAMAL ).

Wednesday, February 13, 2008

Bersama Dr Haron: Menukar hukum Allah SWT kesalahan besar
Dato' Dr Haron Din Mon Jan 14, 08 10:25:21 am MYT
SOALAN: Ada ulama mengatakan bahawa pemerintah Islam hari ini, dibolehkan memilih undang-undang selain undang-undang Allah dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia kerana perubahan zaman, boleh membawa perubahan hukum berdasarkan kepada kaedah ilmu fikah yang berbunyi antara lain bahawa 'hukum Islam berubah mengikut perubahan tempat dan masa'. Betulkah pandangan ulama itu? Adakah kaedah fikah tersebut terpakai? Mohon Dato' jelaskan. - MOHD FIRDAUS AHMAD, Bandar Country Homes, Rawang
-->
JAWAPAN: Permasalahan anda kemukakan ini besar yang melibatkan hukum-hukum Allah. Saya ingin mengingatkan, jangan sampai kita mempermain-mainkan hukum Allah dengan memberi alasan remeh bagi membolehkan manusia menggunakan alasan agama untuk menolak hukum agama.
Hukum Allah SWT ada dua cabang yang terbesar. Pertamanya, hukum-hukum qat'ie dan keduanya, hukum-hukum yang tidak qat'ie. Yang qat'ie bermaksud hukum-hukum tetap yang tidak berubah. Yang tidak qat'ie adalah hukum tidak 'rigid' dan boleh berubah. Yang tidak berubah sabit seperti hukum-hukum kesalahan jenayah dan hudud. Sedangkan hukum-hukum yang sabit dengan ijtihad, ia boleh berubah.

Hukum-hukum haram halal sesuatu pemakanan yang sabit dengan ayat-ayat yang muhkamat, demikian juga dalam minuman serta dalam haram halal bergaul dengan perempuan.
Yang diharamkan dalam perkahwinan seperti yang disebutkan muhramat, yang diharamkan berkahwin selama-lamanya. Begitu juga haram memakan babi, bangkai, darah, meminum arak dan yang seumpama dengannya, hukum haramnya kekal sampai sehingga bila-bila.

Sebenarnya tidak ada pilihan. Allah juga tidak pernah memberi pilihan dalam melaksanakan hukum-hukum qat'ie, seperti haramnya riba, mencuri atau merompak, berzina dan sebagainya sudah sabit pengharaman dalam al-Quran. Hukumnya sabit, maka ia tidak lagi menjadi pilihan. Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, tidak harus mereka membuat pilihan sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36) .Daripada ayat ini dan hadis-hadis Nabi yang sahih, jelas menunjukkan bahawa hukum-hukum Allah tidak boleh dipermain-mainkan.
Adapun kaedah yang disebutkan itu, memang ia suatu kaedah fikah yang termasuk dalam istilah al-qawa'id al-fiqhiyyah.

Kaedah seperti ini tidak boleh dilaksanakan kepada kesemua hukum. Ia dibuat oleh ulama terdahulu, bagi mengkhususkan kepada perkara-perkara penggunaan akal yang disebut sebagai ijtihad.
Ijtihad bererti, ulama mengeluarkan hukum-hukum baru yang diasaskan kepada nas-nas syarak berdasarkan kepada i'llah dan sebab-sebab khusus yang membolehkan hukum baru dikeluarkan.
Hukum-hukum ini adalah hukum akal. Akal manusia berbeza. Seperti berbezanya hukum-hukum ijtihad pada perkara-perkara furui'yyat (perkara cabang) dalam hukum fikah. Perkara cabang inilah yang memungkinkan ijtihad dan berlaku perubahannya yang mengikuti perubahan zaman. Namun demikian, bukan kesemua hukum ijtihad boleh berubah mengikut perubahan zaman atau mengikut selera manusia.
Jika ijtihad bertentang dengan hukum asal yang qat'ie dalam al-Quranul Karim, maka ijtihad tersebut tidak boleh dipakai.

Seperti kaedah lain yang disebutkan, ijtihad tidak boleh menyalahi hukum syarak. Sepatutnya para ulama mencari jalan untuk memudah atau membolehkan hukum Allah dilaksanakan. Bukan mencari justifikasi untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut. Antara sebab bagi manusia hari ini menolak hukum Allah SWT, adalah kerana ingin mempertahankan status-quo yang ada. Jangan sesekali menyokong pemerintah, dengan tidak memberi perhatian serius daripada akibat penolakan hukum-hukum Allah SWT.

Oleh sebab itu, menukar hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia adalah kesalahan yang amat besar.
Perhalusilah sebaik-baiknya sebarang tindakan kita, bagi mengelak kerugian besar di akhirat nanti. Wallahua'lam. - lanh

Dipeti daripada Harakahdaily.net

DI MANA SHARLINIE


Tuesday, February 12, 2008

Masa Depan Anak

Isteri dan anak adalah kurniaan Allah swt yang tak ternilai. Masa depan anak bukan sahaja bergantung kepada pendidikan ibu bapa tetapi juga keadaan persekitaran. keadaan persekitaran yang baik dipengaruhi besar oleh kerajaan yang memerintah.

Allah telah tetapkan bahawa sesebuah negara akan makmur dan diberkati sekiranya kerajaan mengamalkan sistem pemerintahan islam yang sepenuhnya dan bukan ada had dan hari yang tertentu sahaja. bagi ibu-bapa, renung-renungkanlah nasib anak kita pada masa akan datang kerana Allah tidak akan mengubah sesuatu selagi kita tidak mengubahnya terlebih dahulu. Semoga Allah swt memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua. Sekian dahulu, wassalam.



* Di atas adalah isteri dan anak saya yang pertama. Insyaallah, yang kedua akan menyusul pada bulan julai nanti.

PARLIMEN BUBAR

Parlimen dibubarkan hari ini 13 februari 2008 dan telah diumunkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pada jam 12.35 pm. Pembubaran ini bermakna pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang. Semua dinasihatkan untuk memilih PARTI yang boleh memberi faedah kepada semua rakyat dan bukan kepada kroni-kroni sahaja.

Wassalam.

BENARKAH BPR SUAP RASUAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam semasa menonton berita terkejut satu malaysia apabila saksi kes datuk Vk. Lingam memaklumkan bahawa BPR telah memberi sasuah kepadanya sebanyak RM 3000.00 sebagai habuan untuk menutup mulut kerana kes ini melibatkan orang kenamaan yang berprofail tinggi.

Kalau benarlah apa yang dikatakan, maka hancurlah Malaysia tidak kerana badan yang sepatutnya mencegah rasuah sendiri yang memberi rasuah. Semoga Allah swt memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua terutama kepada pemimpin-pemimpin kita yang sebahagian besarnya banyak menyimpang dan melakukan dosa serta kezaliman.

Sekian, wassalam

Monday, February 11, 2008

RAHSIA MASAKAN ISTERI

Assamualaikum / Salam Sejahtera

Bagi seorang suami seperti saya, masakan isteri adalah menjadi keutamaan kerana air tangan isteri adalah berbeza dengan air tangan masakan di kedai. Orang kata, kalau kita makan masakan isteri maka kasih sayang antara suami dan isteri akan bertambah kuat.....betul ke? Tepuk dada tanya selera!!!!!

Bagi wanita yang bergelar isteri yang ingin mempertambahkan menu masakan harian atau ingin mempelajari masakan yang baru anda boleh e-mail kepada saya di zharfan06@gmail.com

Lebih darpada 300 koleksi resipi masakan akan didedahkan kepada anda sahaja. Sekian untuk kali ini dan tunggu topik akan datang bertajuk " Bagaimana Mendidik Anak-Anak Menjadi Pintar'.

Sekian, wassalam